Sunday, 30 October 2011

Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Kompleks Gong Badak


Selamat datang ke unit bimbingan kaunseling

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK Kompleks Gong Badak merupakan satu unit aktif dan progresif kearah membantu pelajar-pelajar mencapai kesempurnaan kendiri yang tinggi. Kami di unit ini sedia memberi pertolongan kepada semua pelajar sekolah ini. Diharapkan, unit ini mendapat sokongan padu dari semua pihak dalam melaksanakan pelbagai program.

Pantun buat renungan:

Apa tanda batang tebu?
Batang tebu halus uratnya,
Apa tanda orang berilmu,
Orang berilmu halus sifatnya.


kami memberi info yang penting . setuju ?

Sejarah Penubuhan SMK Kompleks Gong Badak

Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Gong Badak merupakan sekolah versi Kompleks Kedua di negeri Terengganu selepas SMK Kompleks Mengabang Telipot dan sebelum wujudnya SMK Kompleks Seberang Takir. Sekolah ini terletak di dalam mukim Kuala Nerus, Kuala Terengganu telah dibuka pada 3 Januari 1999 dengan menyediakan permulaan kelas untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Pada ketika itu 650 orang pelajar telah mendaftar dan seramai 22 orang cikgu dan 8 orang staff sebagai perintis SMKKGB.

Asal usul nama sekolah di ambil berdasarkan nama kampung iaitu Kampung Gong Badak. Nama tersebut diambil kerana kawasan sekolah terletak di kawasan Gong Badak.

Sebelum SMKKGB dibuka secara rasmi, guru-guru dan para pelajar terpaksa menumpang di SMK Ibrahim Fikri selama dua minggu atas faktor masalah teknikal.Kini, SMKKGB memiliki 1711 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar lelaki (866 orang) dan pelajar perempuan (845 orang) bersama-sama 88 tenaga pengajar. Maka secara puratanya seorang guru mengendalikan 20 orang pelajar.

Sedar tak sedar masa berlalu begitu pantas apabila sekolah ini telah beroperasi selama 10 tahun (sehingga 2009). Dipercayai seramai 1650 orang bekas pelajar telah menamatkan persekolahan mereka di sini (dengan mengambil kira 1 tahun 150 orang pelajar tamat sekolah) Sebenarnya sekolah ini berkonsepkan kepada prinsip kawalan dan lokasi di mana para pelajar dipilih berdasarkan keputusan 3A 2B dalam UPSR dan juga berdasarkan kepada lokasi kediaman pelajar yang berhampiran dengan kawasan sekolah. Tetapi konsep ini hanya dapat bertahan selama 2 tahun sahaja kerana kemasukan pelajar pada tahun 2001 sudah tidak dikawal lagi


kami memberi info yang penting . setuju ?

Latar belakang Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Kompleks Gong Badak


Pembangunan ilmu insan merupakan agenda utama dalam pembangunan negara. Justeru itu, guru kaunseling menjadi tonggak utama dalam usaha merealisasikan hasrat tersebut.

Memandangkan kelompok guru kaunseling mendapat kemahiran khusus dalam membimbing para murid adalah perlu mereka merancang dan menyusun program dengan lebih terarut dan teliti agar perkhidmatan yang diberikan lebih berkesan. Bidang tugas dalam perkhidmatan bimbingan dan kauseling adalah merangkumi perkembangan akademik, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan mental, keibubapaan pendidikan pencegahan dadah serta pembangunan diri murid.

Fail meja merupakan satu kerangka kerja yang sistematik bagi setiap guru kaunseling menyusun dan melaksanakan kerja-kerja hariannya dalam bidang perkhidmatan mereka. Fail meja ini akan menjadi garis panduan kepada guru kaunseling bagi memdahkan pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti yang telah dirancangkan.
Usaha ini adalah untuk meningkatkan mutu profesionalisme, kredibiliti dan akauntibiliti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Adalah diharapkan fail meja ini akan dapat memberi panduan dalam membantu guru kaunseling menjalankan tugas..





kami memberi info yang penting . setuju ?

Visi dan misi sekolah


VISI SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Gong Badak ingin menjadi antara 10 buah sekolah menegah harian terbaik di negeri Terengganu menjelang 2010.

MISI SEKOLAH

  1. Terbaik dalam peperiksaan PMR.
  2. Terbaik dalam peperiksaan SPM.
  3. Terbaik dalam Kokurikulum dengan menjadi sekolah berwatak dalam sekurang-kurangnya empat aktiviti kokurikulum.
  4. Melahirkan pelajar yang berdisiplin dan berakhlak mulia.
  5. Menjadi sekolah contoh dalam pengurusan sumber manusia dengan melahirkan kakitangan berpengetahuan, komited dan berpandangan jauh.
  6. Menjadi sekolah contoh dalam hubungan dengan komuniti.
  7. Menjadi sekolah contoh dalam mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan selamat.
  8. Mewujudkan sekolah contoh dalam pembangunan fizikal secara inkuari.
  9. Mewujudkan suasana yang kondusif dan pelajar yang berbudaya belajar dengan cemerlang.




kami memberi info yang penting . setuju ?

Falsafah pendidikan kebangsaan


"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yag seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaniberdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan bangsa Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan keluarga serta memberi sumbangan terhadap kerohanian dan kemakmuran masyarakat, negara dan keluarga."


kami memberi info yang penting . setuju ?