Aktiviti : Proses Penerimaan dan Pemfailan Sesi Kaunseling Individu / Kelompok
Peraturan Pentadbiran
a) Klien atau perujuk menghubungi GKSM untuk membuat temujanji dengan menggunakan borang BK07. Fail klien dibuka dan direkodkan nombor rujukan dan bilangannya. Bagi klien yang terus datang tanpa temujanji, sesi kaunseling boleh dilaksanakan dengan menggunakan borang BK04 sebelum memulakan sesi (SULIT)
b) Klien datang sendiri(sukerela) atau dirujuk oleh Guru Tingkatan /Guru Disiplin/ Guru-Guru /Ahli Keluarga /lain-lain perlu mengisi borang BKO9 dan BK04.
c) Apabila tiba pada tarikh temujanji, klien dialu-alukan kehadirannya . GKSM dan klien memperkenalkan diri.
d) Pada permulaan sesi, GKSM memberikan borang pernyertaan masalah kepada klien untuk sesi mengikut apa yang dirasakan olehnya. Ini bertujuan untuk membantu GKSM memfokus dan mengenalpasti situasi klien
e) Sesi dijalankan
f) GKSM akan menentukan keadaan kes bagi penamatan sesi, masa yang bersesuaian, tarikh temujanji yang berikutnya dan lain-lain.
g) Laporan hendaklah disediakan dan diserahkan kepada Pengetua apabila kes-kes rujukan selesai melalui sesi kaunseling.
h) Fail klien disimpan dan sesi ditamatkan.
7.2 Aktiviti : Pengendalian Kem, Kursus, Lawatan, Seminar, Dan Lain-Lain Peraturan Pentadbiran
a) Menyedia dan mendapatkan kelulusan daripada Pengetua berkaitan dengan kertas cadangan program.
b) Mendapat kebenaran daripada Jabatan Pelajaran (Unit Pentaftaran Dan Perhubungan untuk mengutip yuran melebihi RM 1.00)
c) Memohon kebenaran mengadakan lawatan daripada Pejabat Pelajaran Daerah/Pejabat Pelajaran Kecil/Pejabat Pelajaran Daerah Gabungan/Jabatan Pelajaran Negeri (mengikut negeri masing-masing)
d) Memastikan syarikat pengangkutan yang membawa murid untuk aktiviti luar mengikut peraturan Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ)
e) Mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa/ Penjaga
f) Menyediakan garis panduan bagi tujuan langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi oleh murid-murid sebelum, semasa dan selepas program.
g) Sekiranya berlakunya kemalangan semasa program dijalankan, guru perlulah mengambil tindakan kecemasan mengikut prosedur Sekolah Selamat.
h) Menyediakan Laporan Program.
7.3 Aktiviti : Pengendalian Ujian Psikometrik
Peraturan Pentadbiran
a) Ujian hendaklah dijalankan oleh Guru Kaunseling yang mahir dengan ujian tersebut.
b) Hasil ujian perlu dianalisa dan diinterprestasikan untuk diperjelaskan kepada klien.
c) Keputusan ujian hendaklah dijelaskan bahawa ia mempunyai limitasi kesahihan.
d) Hasil dapatan boleh digunakan oleh Guru Kaunseling semasa sesi kaunseling dijalankan.
e) Keputusan ujian adalah sulit dan terikat dengan etika kerahsiaan.
No comments:
Post a Comment