Untuk Berjaya ,
Saya Bukan Saja
Perlu Tahu Apa
Yang Saya Mahu,
Saya Juga Mestilah
Benar-Benar
Mahu Apa
Yang Saya Mahu .
Rahsia pelajar cemerlang
Kenapa ada pelajar lebih berjaya berbanding pelajar yang lain? Apakah yang bermain dalam fikiran mereka? Bagaimana mereka mengatur kehidupan? Bagaimana pula mereka mengatasi masalah harian? Adakah kejayaan itu hanya milik mereka yang mempunyai tahap IQ yang tinggi sahaja? Bagaimana ada pelajar yang dapat belajar dan mendapat 17A1 dalam peperiksaannya? Adakah semua ini suatu kebetulan ataupun memang wujudnya satu jalan?
Berikut adalah beberapa perkara yang membezakan antara pelajar yang berjaya dengan pelajar gagal :
MATLAMAT ATAU SASARAN. Pelajar berjaya mempunyai matlamat dan sasaran yang jelas. Mereka tahu apa tujuan mereka belajar. Mereka tahu berapa ‘A’ yang mereka mahukan ataupun berapa peratus markah setiap subjek yang mereka mahukan. Mereka juga tahu hendak mengambil jurusan apa semasa di university, mahukan kerjaya yang bagaimana dan sebagainya.
PERCAYA. Pelajar cemerlang percaya mereka dapat cemerlang. Hanya factor masa sahaja yang dapat membuktikan semua usahanya. Mereka tidak pernah ragu-ragu dengan kemampuan mereka bagi melakukan apa sahaja dan sanggup berkorban bagi berjaya.
TUMPUAN. Pelajar berjaya memberikan tumpuan pada setiap perkara yang mereka lakukan. Mereka juga tahu kepentingan memberi tumpuan dalam kelas dan cara hendak memberikan tumpuan itu. Mereka juga memberikan tumpuan semasa melakukan ulang kaji.
PERANCANGAN. Pelajar berjaya mempunyai perancangan belajar yang teratur dan tahu memanfaatkan masa sebaik-baiknya. Mereka juga tahu menilai masa dan cara bagi menghargainya. Mereka mempunyai jadual yang berkesan yang membolehkan mereka memantau kemajuan tahap penguasaan pelajaran mereka.
STRATEGI BELAJAR. Pelajar berjaya kerana mereka mempunyai strategi belajar yang berkesan serta teknik belajar yang mantap. Mereka mengamalkan pelbagai teknik belajar seperti belajar seperti teknik mengingat dan teknik mengambil nota yang baik. Disamping itu, mereka juga belajar sacara berkumpulan.
MENJAGA MASA. Pelajar berjaya tidak membiarkan masanya berlalu begitu sahaja. Mereka mempunyai jadual harian dan jadual belajar. Jadual harian ialah jadual yang digunakan bagi merancang aktiviti seperti sekolah, tuisyen, ulang kaji, riadah, rehat, tidur, berkawan dan sebagainya. Jadual belajar pula ialah jadual yang digunakan bagi merancang pembelajarann anda. Subjek apa yang mahu dipelajari? Bab perapa? Berapa lama belajar? Berapa banyak yang mahu dibaca? Dan sebagainya.
PERGAULAN. Pelajar berjaya berbaik-baik dengan semua orang. Tetapi mempunyai hanya beberapa orang rakan karib yang berkongsi matlamat yang sama dan saling membantu antara satu sama lain.
PEMANTAUAN. Pelajar berjaya sentiasa memantau prestasi akademik mereka dan membuat post-mortem bagi memperbaiki setiap kelemahan yang ada. Mereka juga tahu apa yang perlu dilakukan setiap kali ada perkara yang kurang jelas ataupun tidak difahami. Mereka selesaikan setiap masalah, persoalan dan perkara yang tidak difahami itu dengan serta merta.
HUBUNGAN BAIK DENGAN GURU. Pelajar berjaya rapat dengan guru-guru dan sentiasa tidak segan untuk bertemu dengan mereka bagi mendapatkan bantuan. Mereka tahu apa yang mahu ditanya dan cara memanfaatkan khidmat guru-guru yang ada. Namun begitu mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada guru. Mereka tahu apa yang patut dilakukan bagi meningkatkan sendiri penguasaan mereka dalam sesuatu subjek.
KONSISTEN ATAU ISTIQAMAH. Pelajar berjaya adalah mereka yang bukannya rajin hari ini tetapi malas esoknya. Hari ini mereka rajin belajar sehingga mengalahkan Nur Amanina Che Bakri tetapi esoknya malas sekali. Perasaan rajin dan malasnya naik turun umpama roda. Sebaliknya, pelajar berjaya adalah mereka yang konsisten atau istiqamah dalam belajar. Buat sedikit tetapi berterusan. Mereka meletakkan sasaran tertentu. Misalnya mahu menghabiskan 10 muka surat setiap hari ataupun menjawab 50 soalan setiap hari. Istiqamah membentuk tabiat dan tabiat pula membentuk peribadi.
PERSISTENT. Pelajar cemerlang tidak mudah berputus asa dan berpuas hati selagi tidak dapat menyelesaikan masalah ataupun soalan yang susah serta mencabar minda. Mereka berusaha mendapatkan jawapannya sama ada dengan bertanya pada guru, merujuk pada kawan,membaca buku-buku tambahan dan sebagainya.
SANGGUP BERKORBAN. Remaja mana tidak sukakan hiburan dan keseronokan. Tetapi pelajar cemerlang dapat mengekang perasaan mereka daripada berhibur dan berseronok secara melampau sehingga menjejaskan pelajaran. Mereka sanggup berkorban masa,tenaga,wang ringgit dan perasaan. Mereka belajar lebih lama berbanding pelajar lain, lebih gigih, bersungguh-sungguh sanggup membelanjakan wang yang banyak bagi tuisyen dan membeli buku-buku tambahan serta tidak melibatkan dengan cinta monyet yang melalaikan.
AGAMA NOMBOR SATU. Bagi pelajar beragama Islam , mereka faham hakikat hidup ini sebagai suatu ibadah. Mereka juga sedar kepentingan meminta guru menhalalkan setiap ilmu serta memohon restu guru dan ibu bapa supaya pelajaran yang diperoleh itu dapat keberkatan. Mereka juga menitikberatkan ibadah seharian dan sentiasa berdoa supaya hidup mereka berada dalam rahmat Tuhan.
Ungkapan Motivasi
Belajar bukannya susah , cuma ada yang tidak tahu strategi dan tidak memberikan cukup masa bagi menjadikannya mudah.
- Dr. Tengku Asmadi bin t. Mohamad, Ph.D –
Motivasi DIRI melalui RASA PERCAYA DIRI
Aset paling berharga bagi kebanyakan orang adalah juga aset yang paling kurang dihargai. Aset itu, bila ditangani dengan semestinya, akan mampu memberikan hasil secara dramatik. Aset yang tidak dapat dikenakan harga setinggi apapun. Itulah otak manusia, fikiran dan proses berfikir.
Otak merupakan kawasan penyimpanan yang kapasitinya luarbiasa, menjadi pentinglah untuk berhati-hati di dalam mengisinya. Sebahagian orang mempunyai otak yang penuh dengan pemikiran dan pengalaman negatif. Mereka akan secara terus-menerus "menanamkan input" - saya tidak mampu - dengan setompok alasan mengapa mereka tidak mampu. Sehingga ketika dihadapkan pada sebuah kesempatan atau cabaran baru, otak mereka, ketika ditanya, mengirimkan jawapan : Tidak, kamu tidak mampu, atau tanggapan lain seperti itu.
Lima langkah yang diperlukan untuk membangun kepercayaan diri dan yang pada gilirannya membangun rasa percaya diri bagi motivasi diri dari dalam.
1. Hindari Mencari-Cari Alasan
Begitu ramai orang mengurungkan niat mereka dengan mengajukan alasan yang tidak masuk akal dan samasekali salah. Seperti :
- Saya tidak boleh
- Saya tidak mampu sebab...
- Pendidikan saya belum memadai
- Saya sudah terlalu tua
- Saya masih terlalu muda, dll
Siapapun dapat mencari alasan bagi hampir segalanya, maka dalam membangun kepercayaan diri, jangan sekali-kali membuat alasan. Perkara ini mungkin sangat menyenangkan dan mententeramkan hati, tetapi alasan-alasan hanya akan menghambat seseoarang dari pencapaian sasaran. Ingatlah bahawa otak anda adalah kawasan penyimpanan -- apa yang anda masukkan pada gilirannya akan keluar lagi, jadi gantilah penyisipan hal-hal negatif dengan hal-hal positif.
2. Gunakan Daya Imajinasi
Otak dengan kapasitinya yang tidak terbatas dapat membantu anda dengan tanpa batasan mencapai cita-cita hidup jika anda memberinya kesempatan. Biarkan dia menggambarkan diri anda sebagai peribadi yang anda inginkan. Dengan jelas menggambarkan apapun wujud yang anda inginkan. Semakin anda memikirkan itu semua semakin besar kepastian akan suatu hasil yang positif. Jika anda terus menerus membiarkan fikiran anda dipenuhi dengan bermacam-macam pemikiran mengenai penyakit dan kesihatan yang buruk, anda hampir pasti akan mengalami penyakit yang anda pikirkan. JIka anda terus menerus memikirkan hasil negatif tentang pergaulan atau karier bisnis, pemikiran itu pada gilirannya akan mengakar dalam diri anda.
Maka dalam proses membangun kepercayaan diri dengan menggunakan proses kesan daya imajinasi otak, pentinglah untuk menjadi yakin bahawa apa yang sedang anda fikirkan dan lihat dengan jelas adalah perkara yang positif. Perkara yang positif itu harus memungkinkan kesan positif pada diri anda dan peningkatannya, serta pemikiran positif itu harus mengarah ke sasaran anda, cita-cita dan kebahagiaan dalam hidup.
3. Jangan Takut Gagal
Kegagalan telah mengahalangi begitu ramai orang sehingga mereka mundur sebelum mencuba, berbuat atau meraih keberhasilan sebab mereka tidak mampu menerima terminologi dimana ada kemungkinan untuk gagal. Sebahagian orang benar-benar tidak pernah mencuba sesuatupun sebab rasa takut gagal ini telah menguasai otak mereka selama bertahun-tahun. Setiap hari mereka memikirkan kegagalan ini sehingga mereka tidak pernah sungguh-sungguh melakukan sesuatu dan pada akhirnya mereka tidak percaya diri dan penuh keraguan.
4. Penampilan Membentuk Kepercayaan Diri
Penampilan luar memang bukan segalanya. Kadang-kadang perlu untuk membelanjakan wang demi penampilan luar yang menarik, kerana dengan penampilan luar yang menarik memberi kesempatan yang ada dalam diri anda untuk merasa baik. Tetapi haruslah tetap bersikap realistik. Sebahagian orang bersikap berlebihan dalam penampilan mereka dan pada akhirnya semua itu hanya demi kepuasan ego mereka.
5. Susunlah Catitan Mengenai Sukses Yang Diperoleh
Setiap orang pernah mencapai kejayaan dalam hidupnya. Cara mengumpulkan catitan kejayaan masa lalu sangat sederhana. Fikirkan balik kejayaan anda yang paling awal yang mungkin terjadi pada masa sekolah ketika memenangi lumba lari sambil meletakkan "Bean Bag" atas kepala atau berlari dengan memakai guni "Sack Race". Mungkin juga berawal dari ucapan tahniah ketika memenangi pertandingan lukisan. Ini dapat dilakukan secara lisan pada suatu audio kaset atau buku catitan. Anda boleh melihat kembali catitan dan memperbaharui aset paling berharga anda dengan kenangan akan kejayaan tersebut.
Motivasi hanya dapat mengabadikan diri berdasarkan harapan. Untuk memotivasi diri, seseorang harus memiliki harapan tentang sebuah masa depan. Oleh kerana itu dalam memotivasi diri seseorang bertanggungjawab untuk menciptakan sendiri harapannya.
Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada hidup yang tidak mencapai tujuan.
10 Cara Membina Motivasi Diri
Sebelum mengambil sebarang langkah, duduk sejenak. Tarik nafas panjang dan lepaskan sekali gus. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri dan katakan, "Hai, engkau dijadikan bukan untuk berkeluh-kesah.” Kemudian bangkitlah dan cuba lakukan perkara-perkara berikut:Otak merupakan kawasan penyimpanan yang kapasitinya luarbiasa, menjadi pentinglah untuk berhati-hati di dalam mengisinya. Sebahagian orang mempunyai otak yang penuh dengan pemikiran dan pengalaman negatif. Mereka akan secara terus-menerus "menanamkan input" - saya tidak mampu - dengan setompok alasan mengapa mereka tidak mampu. Sehingga ketika dihadapkan pada sebuah kesempatan atau cabaran baru, otak mereka, ketika ditanya, mengirimkan jawapan : Tidak, kamu tidak mampu, atau tanggapan lain seperti itu.
Lima langkah yang diperlukan untuk membangun kepercayaan diri dan yang pada gilirannya membangun rasa percaya diri bagi motivasi diri dari dalam.
1. Hindari Mencari-Cari Alasan
Begitu ramai orang mengurungkan niat mereka dengan mengajukan alasan yang tidak masuk akal dan samasekali salah. Seperti :
- Saya tidak boleh
- Saya tidak mampu sebab...
- Pendidikan saya belum memadai
- Saya sudah terlalu tua
- Saya masih terlalu muda, dll
Siapapun dapat mencari alasan bagi hampir segalanya, maka dalam membangun kepercayaan diri, jangan sekali-kali membuat alasan. Perkara ini mungkin sangat menyenangkan dan mententeramkan hati, tetapi alasan-alasan hanya akan menghambat seseoarang dari pencapaian sasaran. Ingatlah bahawa otak anda adalah kawasan penyimpanan -- apa yang anda masukkan pada gilirannya akan keluar lagi, jadi gantilah penyisipan hal-hal negatif dengan hal-hal positif.
2. Gunakan Daya Imajinasi
Otak dengan kapasitinya yang tidak terbatas dapat membantu anda dengan tanpa batasan mencapai cita-cita hidup jika anda memberinya kesempatan. Biarkan dia menggambarkan diri anda sebagai peribadi yang anda inginkan. Dengan jelas menggambarkan apapun wujud yang anda inginkan. Semakin anda memikirkan itu semua semakin besar kepastian akan suatu hasil yang positif. Jika anda terus menerus membiarkan fikiran anda dipenuhi dengan bermacam-macam pemikiran mengenai penyakit dan kesihatan yang buruk, anda hampir pasti akan mengalami penyakit yang anda pikirkan. JIka anda terus menerus memikirkan hasil negatif tentang pergaulan atau karier bisnis, pemikiran itu pada gilirannya akan mengakar dalam diri anda.
Maka dalam proses membangun kepercayaan diri dengan menggunakan proses kesan daya imajinasi otak, pentinglah untuk menjadi yakin bahawa apa yang sedang anda fikirkan dan lihat dengan jelas adalah perkara yang positif. Perkara yang positif itu harus memungkinkan kesan positif pada diri anda dan peningkatannya, serta pemikiran positif itu harus mengarah ke sasaran anda, cita-cita dan kebahagiaan dalam hidup.
3. Jangan Takut Gagal
Kegagalan telah mengahalangi begitu ramai orang sehingga mereka mundur sebelum mencuba, berbuat atau meraih keberhasilan sebab mereka tidak mampu menerima terminologi dimana ada kemungkinan untuk gagal. Sebahagian orang benar-benar tidak pernah mencuba sesuatupun sebab rasa takut gagal ini telah menguasai otak mereka selama bertahun-tahun. Setiap hari mereka memikirkan kegagalan ini sehingga mereka tidak pernah sungguh-sungguh melakukan sesuatu dan pada akhirnya mereka tidak percaya diri dan penuh keraguan.
4. Penampilan Membentuk Kepercayaan Diri
Penampilan luar memang bukan segalanya. Kadang-kadang perlu untuk membelanjakan wang demi penampilan luar yang menarik, kerana dengan penampilan luar yang menarik memberi kesempatan yang ada dalam diri anda untuk merasa baik. Tetapi haruslah tetap bersikap realistik. Sebahagian orang bersikap berlebihan dalam penampilan mereka dan pada akhirnya semua itu hanya demi kepuasan ego mereka.
5. Susunlah Catitan Mengenai Sukses Yang Diperoleh
Setiap orang pernah mencapai kejayaan dalam hidupnya. Cara mengumpulkan catitan kejayaan masa lalu sangat sederhana. Fikirkan balik kejayaan anda yang paling awal yang mungkin terjadi pada masa sekolah ketika memenangi lumba lari sambil meletakkan "Bean Bag" atas kepala atau berlari dengan memakai guni "Sack Race". Mungkin juga berawal dari ucapan tahniah ketika memenangi pertandingan lukisan. Ini dapat dilakukan secara lisan pada suatu audio kaset atau buku catitan. Anda boleh melihat kembali catitan dan memperbaharui aset paling berharga anda dengan kenangan akan kejayaan tersebut.
Motivasi hanya dapat mengabadikan diri berdasarkan harapan. Untuk memotivasi diri, seseorang harus memiliki harapan tentang sebuah masa depan. Oleh kerana itu dalam memotivasi diri seseorang bertanggungjawab untuk menciptakan sendiri harapannya.
Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada hidup yang tidak mencapai tujuan.
1. Perbaiki imej anda Cuba lakukan sedikit perubahan
Kalau selama ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu dan tidak bergosok, cuba kali ini menukarnya selalu dan pelbagaikan warnanya. Jika anda wanita, tukar imej kusam kepada kemas. Elegan dan aktif. Perkemaskan juga wajah anda denga sedikit solekan ringan. Kenakan warna-warna ceria pada tubuh anda; pada baju dan tudung. Hiasi jari dengan sebentuk cincin untuk menambah seri. Jangan terlalu pendiam, tetapi jangan pula terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringankan mulut jika orang meminta pendapat.
2. Lakukan senaman ringan
3. Senyum Senyum boleh mengubah segala-galanya.
Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya balik.
4. Berfikiran positif
Berfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas. Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH.
5. Dapatkan tidur yang mencukupi
Rungsing dan marah-marah kadangkala disebabkan keletihan akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi. Tidur yang tidak mencukupi akan mencetuskan arus theta atau arus delta, dua arus kemunduran.
6. Luahkan pada seseorang
Anda memerlukan seorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini, bahkan dalam suasana yang biasa pun anda memerlukan seorang sahabat.
7. Curahkan di atas kertas
Curahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala-galanya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar dan hanyutkan ke sungai. Terasa lega.
8. Bersedia untuk berubah
Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan. Jika orang lain boleh, mengapa anda tidak? Apa istimewanya orang lain, sedang anda juga makhluk ALLAH yang dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan tertentu.
9. Cari kegemaran baru
Sesetengah daripada kesukaan kita akan sampai kepada penghujungnya. Hobi juga begitu. Maka apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong carilah kegemaran-kegemaran baru. Tidak salah bermain game misalnya, untuk melihat adakah minat anda boleh tumbuh di sini.
10. Bertegaslah
Bertegaslah dengan diri anda sendiri. Apabila anda mengambil satu-satu keputusan anda berpegang teguh pada keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan be